Followers

Saturday, September 22, 2012

Resepi Apam Polkadot

Assalamualaikum semua.. (^_^)

Maaf kerana biarkan anda menunggu entry terbaru blog ini.. ( ayat syok sendiri! ). Rasanya dah hampir 2 bulan aku bercuti dari meng'update' blog ini. Mungkin kerana ketandusan idea, kesempitan masa dan ketiadaan mood untuk menaip. ( typical reasons untuk para blogger ) .
Entry terbaru kali ini hanyalah tentang Apam Polkadot! Yes!, memang resepi Apam Polkadot ni dah bersepah dan mudah di dapati di mana-mana. Tapi aku rasa tak salah kalau aku nak kongsi resepi ni dengan korang. Untung2 dapat jadi top refferal.. Hahaha.. (^_^)
Selamat Mencuba Resepi Apam Polkadot yg mudah ini!

(^_^)


Bahan - bahan ( untuk 100 biji ) :-

  • 250 gram tepung gandum
  • 170 gram gula kastor
  • 150 mililiter susu cair
  • Satu sudu ovalette
  • 3 biji telur gred A
  • Satu sudu besar esen vanilla
  • 2 sudu serbuk penaik
  • Pewarna dan inti mengikut kegemaran


Jangan lupa sediakan wine cup yg kecil ni.. Kalau tak pakai ni, nanti apam korang takkan jadi bulat comel..
Cara - cara penyediaan :-

  1. MASUKKAN tepung gandum, serbuk penaik, telur, ovalette, gula kastor dan esen vanilla ke dalam mesin adunan.
  2. PUKUL adunan dengan perlahan dan tingkatkan kelajuan apabila adunan sebati. Pukul hingga kembang dalam tempoh 5 hingga 6 minit.
  3. ASINGKAN adunan mengikut berapa jenis pewarna yang akan anda gunakan.
  4. MASUKKAN adunan yang dah siap anda warnakan ke dalam bekas acuan. ( Jangan masukkan terus ke dalam acuan merah di atas, masukkan ke dalam acuan kertas dulu. Kemudian baru masukkan ke dalam acuan merah. Wine cup tu untuk membentuk Apam Polkadot anda )
  5. HIAS adunan dengan kreatif, gunakan pelbagai jenis adunan berwarna yang telah anda sediakan. Masukkan juga inti mengikut kehendak anda.
  6. KUKUS Apam Polkadot yang siap dihias selama 6 hingga 7 minit.( Panaskan air sebelum mengukus )
  7. SELESAI untuk di hidang..

A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^





3 comments:

belog lang said...

nmpk sedap :)

Unknown said...

sedap2..lama dah cari resepi ne..:)

Asyraaf(; said...

Assalamualaikum , let's have a link between our blogs.It have a great potential :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...