Followers

Saturday, July 28, 2012

Resepi Murtabak Maggi

Assalamualaikum semua.. ^_^

Hari ni dah masuk hari ke-lapan berpuasa. Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur untuk meneruskan ibdah puasa. Sejak kebelakangan ini cuaca agak panas dan terik, so masa bersahur banyakkan minum air kosong atau air mineral okay. Aku sahur air mineral 1.5 liter, baru puas rasanya. Hahahaha.

Hari ni aku nak kongsi resepi adik aku . Ni blog beliau --> acaapbohariyangpunya.blogspot.com . Dia yg bgtau resepi murtabak maggi ni dekat aku. Dah lama aku nak cuba buat, tapi baru malam tadi berpeluang untuk mencuba resepi ni.


Bahan - bahannya ( 1 orang makan ) :-
  • 1 paket maggi. (perisa kari)
  • 3 biji telur.
  • 1/2 biji bawang besar dipotong dadu.
  • 1 batang cili merah dicincang halus.
  • Kicap.
Cara - cara penyediaan :-
  1. Lembutkan maggi didalam air panas, kemudian toskan airnya.
  2. Pecahkan kesemua telur dan kacau bersama , bawang besar, cili merah, dan serbuk perasa kari maggi.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali leper.
  4. Masukkan maggi yg telah di toskan dan buat bentuk empat segi.
  5. Tuang sebahagian adunan telur.
  6. Tuang kicap secukup rasa. ( taknak letak pun takpe sebab perasa kari tu dah masin )
  7. Setelah bahagian bawah murtabak maggi masak, tuangkan sebahagian lagi adunan telur di bahagian atas yg belum dilitupi dgn telur dan terbalik murtabak maggi tadi.
  8. Masak dalam tempoh masa 5 - 7 minit . Jangan lupa untuk sentiasa terbalikkan murtabak maggi agar ia masak sekata.
  9. Siap untuk dihidang, tambah sos pun okay jugak.
Selamat mencuba!! ^_^

Selamat menjalani ibadah puasa semua..^_^


Sekiranya korang memerlukan photography service..
Tak kiralah nak tangkap korang tengah berposing atas katil sendiri ke..
Outdoor shooting ke..
Couple Shoot..
Kids Photoshoot..
Family Photoshoot..
Pre-Wedding..
Nikah..
Sanding..
Tunang..
Convocation..(dari yg tadika sampai ke Master pun boleh!)
Kecuali malam pertama!!! Hahahaha..

Korang boleh hubungi no aku :-
Aliff Bohari : 017 - 9919492

Untuk menempah khidmat fotografi mengikut bajet korang sendiri..
Diulangi!!
Anda sediakan bajet, dan dengan bajet itu aku akan cuba sedaya upaya untuk melakukan yg terbaik!!

tapi bajet tu tolong logik sikit..
kalau RM50 nak mintak album, frame gambar bagai..
mungkin aku akan jadi photographer papa kedana..
hahaha...


A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^




2 comments:

Unknown said...

jom join
http://anakjati-kedah.blogspot.com/2012/07/contest-1st-timesaya-nak-kad-raya-dari.html

MAMA AINUL said...

ohh, mcm tu, sedapnyaa, nak test r nanti ^^y terima kasih sudi share !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...