Followers

Thursday, July 21, 2016

Hero Postpaid U28 (U Mobile)


Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. :)

Hero Postpaid U28 dari U Mobile mungkin bukanlah yang pelan pascabayar yang terbaik. Tapi masih berbaloi untuk dilanggan kerana pelan pascabayar ini menawarkan 3GB internet berkelajuan tinggi, 50 minit masa berbual percuma ke semua rangkaian serta 300 SMS yang memang korang takkan gunakan pun.

Lebih menarik, U Mobile memberikan 3GB tambahan untuk Video Onz di mana anda boleh menggunakan aplikasi Youtube pada kadar internet berkelajuan tinggi.


Walaupun tak sehebat pesaing-pesaing lain seperti Celcom First Gold dan MaxisONE yang menawarkan internet berkelajuan tinggi pada saiz yang lebih besar dan masa berbual serta SMS percuma ke semua rangkaian. Ia masih lagi berbaloi untuk dilanggan bagi telefon pintar kedua anda.

Saya dah U. Anda bila lagi? :)

Rujuk : U Mobile

A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^



Sunday, March 3, 2013

Resepi Blueberry Cheese Tart


Assalamualaikum..
Hari ni aku nak kongsi resepi yang baru je cuba buat tadi..Selamat mencuba!! (^_^)v


Tadaaaa!!! Ni dia Blueberry Cheese Tart yg aku buat!! =D

Bahan - Bahan ( 12 biji ) :-

Bahan-Bahan A ( Sweet Pastry )
  • 125gm mentega/marjerin
  • 60 gm gula icing
  • 1 biji telur (gred B)
  • 240gm tepung gandum
Bahan-Bahan B (Cheese Filling)
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula icing
  • 20gm mentega (lembutkan dahulu)
  • 1 biji telur (gred B)
  • Blueberry pie filling (pakai jem blueberry pun boleh)
Cara-Cara Penyediaan :-

Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180 C

Sweet Pastry :-
  1. Pukul mentega dan gula icing sampai berkrim, kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga menjadi doh.
  3. Masukkan doh kedalam acuan tart dan tekan ke dalam agar bahagian tengahnya ada ruang untuk mengisi inti.
  4. kemaskan bahagian tepi tart dengan menggunakan pisau atau batang sudu.
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 15-20 minit
  6. Keluarkan dari oven dan biar pastry sejuk terlebih dahulu.
Cheese Filling :-
  1. Pukul cream cheese, mentega dan gula icing sehingga gebu, kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
  2. Sendukkan blueberry filling dan masukkan kedalam doh tart yang telah dibakar.
  3. Kemudian masukkan pula cheese filling tadi ke atas blueberry filling sehingga menutupi blueberry filling tadi dan anda boleh hias bahagian atas cheese filling tadi mengikut kreativiti anda.
  4. Masukkan semula ke dalam oven dan bakar pada suhu 180 C selama 8-10 minit.
  5. Keluarkan Blueberry Cheese Tart dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan.
  6. Siap untuk dihidang!! =D
Selamat Mencuba!!! (^_^)v

A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^



Wednesday, January 9, 2013

Rebat Telefon Pintar RM200 - UMobile Menawarkan 17 Jenis Telefon Pintar di bawah Pakej Komunikasi Belia

Berhubung dengan Pakej Komunikasi Belia ( PKB ). Kita boleh lihat UMobile memberikan komitmen yang tinggi dalam menawarkan telefon pintar mereka untuk di miliki oleh para belia.



Yang menariknya, dengan pakej ini akan memberi percuma Pelan Permulaan UMobile bernilai RM28 dan anda boleh menikmati pelbagai kelebihan menggunakan Pelan Permulaan UMobile seperti 100 minit pangilan percuma. Ini bermakna, anda tidak perlu melanggan pelan pascabayar dengan komitmen yang mungkin agak membebankan pada setiap bulan.

Harga yang tertera di atas adalah harga selepas rebat RM200. 

Sila dapatkan disini --> www.u.com.my

A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...