Assalamualaikum semua.. (^_^)
Maaf kerana biarkan anda menunggu entry terbaru blog ini.. ( ayat syok sendiri! ). Rasanya dah hampir 2 bulan aku bercuti dari meng'update' blog ini. Mungkin kerana ketandusan idea, kesempitan masa dan ketiadaan mood untuk menaip. ( typical reasons untuk para blogger ) .
Entry terbaru kali ini hanyalah tentang Apam Polkadot! Yes!, memang resepi Apam Polkadot ni dah bersepah dan mudah di dapati di mana-mana. Tapi aku rasa tak salah kalau aku nak kongsi resepi ni dengan korang. Untung2 dapat jadi top refferal.. Hahaha.. (^_^)
Selamat Mencuba Resepi Apam Polkadot yg mudah ini!
(^_^)
Bahan - bahan ( untuk 100 biji ) :-
- 250 gram tepung gandum
- 170 gram gula kastor
- 150 mililiter susu cair
- Satu sudu ovalette
- 3 biji telur gred A
- Satu sudu besar esen vanilla
- 2 sudu serbuk penaik
- Pewarna dan inti mengikut kegemaran
Jangan lupa sediakan wine cup yg kecil ni.. Kalau tak pakai ni, nanti apam korang takkan jadi bulat comel..
Cara - cara penyediaan :-
- MASUKKAN tepung gandum, serbuk penaik, telur, ovalette, gula kastor dan esen vanilla ke dalam mesin adunan.
- PUKUL adunan dengan perlahan dan tingkatkan kelajuan apabila adunan sebati. Pukul hingga kembang dalam tempoh 5 hingga 6 minit.
- ASINGKAN adunan mengikut berapa jenis pewarna yang akan anda gunakan.
- MASUKKAN adunan yang dah siap anda warnakan ke dalam bekas acuan. ( Jangan masukkan terus ke dalam acuan merah di atas, masukkan ke dalam acuan kertas dulu. Kemudian baru masukkan ke dalam acuan merah. Wine cup tu untuk membentuk Apam Polkadot anda )
- HIAS adunan dengan kreatif, gunakan pelbagai jenis adunan berwarna yang telah anda sediakan. Masukkan juga inti mengikut kehendak anda.
- KUKUS Apam Polkadot yang siap dihias selama 6 hingga 7 minit.( Panaskan air sebelum mengukus )
- SELESAI untuk di hidang..
A L I F F B O H A R I
Step From Abnormality
^_^
3 comments:
nmpk sedap :)
sedap2..lama dah cari resepi ne..:)
Assalamualaikum , let's have a link between our blogs.It have a great potential :D
Post a Comment