Assalamualaikum ^_^..
Bertemu lagi di dalam entry Resepi Masakan Saya . Masak aje kerja aku kan? so what? salah ke lelaki masak? ^_^
Resipi untuk kali ini diberi nama Meatball with Mushroom Sauce. Baru semalam buat. Tiba-tiba terfikir nak buat resipi ni. Masak je pun, fikir logik je dah cukup dah siap satu resipi. ^_^ . Okay, jom teruskan dengan perkongsian resipi ini. Selamat Mencuba!!
Resipi untuk kali ini diberi nama Meatball with Mushroom Sauce. Baru semalam buat. Tiba-tiba terfikir nak buat resipi ni. Masak je pun, fikir logik je dah cukup dah siap satu resipi. ^_^ . Okay, jom teruskan dengan perkongsian resipi ini. Selamat Mencuba!!
Bahan - bahan ( Meatball ) :-
- 400 gm daging kisar.
- 1/2 cawan breadcrumbs (serbuk roti).
- 1/2 sudu besar serbuk black pepper.
- garam secukup rasa.
Bahan -bahan ( Mushroom Sauce ) :-
- 1/2 tin Campbell's mushroom soup.
- 1/2 tin kepingan cendawan ( pakai rex je ).
- 1/2 sudu besar serbuk black pepper.
- Air secukupnya.
Cara - cara membuat ( meatball ) :-
meatball yg telah dibentuk
- Masukkan semua bahan kedalam satu bekas dan gaul sehingga sebati.
- Bentukkan daging menjadi bebola.
- Sadurkan bahagian luar daging yang telah dibentuk dengan sedikit serbuk roti.
- Setelah siap, anda boleh mengoreng bebola daging tersebut sehingga keperangan.
Cara - cara membuat ( Mushroom Sauce ) :-
- Masukkan Campbell's mushroom soup ke dalam periuk.
- Tambahkan air secukupnya, jangan terlalu banyak kerana ia akan mencairkan sos.
- Masukkan serbuk black pepper dan gaul sos sehingga sebati.
- Setelah siap di masak, tuang sos ke atas bebola daging.
- Siap untuk dihidang! ^_^
Selamat mencuba resipi ini! ^_^
A L I F F B O H A R I
Step From Abnormality
^_^
2 comments:
sedap & menyelerakan jer rupanya..good laki pandai masak..
nice ! bolehlah try pasni :)
Post a Comment