Followers

Saturday, February 18, 2012

Resepi Meatball with Mushroom Sauce

Assalamualaikum ^_^.. 

Bertemu lagi di dalam entry Resepi Masakan Saya . Masak aje kerja aku kan? so what? salah ke lelaki masak? ^_^

Resipi untuk kali ini diberi nama Meatball with Mushroom Sauce. Baru semalam buat. Tiba-tiba terfikir nak buat resipi ni. Masak je pun, fikir logik je dah cukup dah siap satu resipi. ^_^ . Okay, jom teruskan dengan perkongsian resipi ini. Selamat Mencuba!!




Bahan - bahan ( Meatball ) :-
  • 400 gm daging kisar.
  • 1/2 cawan breadcrumbs (serbuk roti).
  • 1/2 sudu besar serbuk black pepper.
  • garam secukup rasa.
Bahan -bahan ( Mushroom Sauce ) :-
  • 1/2 tin Campbell's mushroom soup.
  • 1/2 tin kepingan cendawan ( pakai rex je ).
  • 1/2 sudu besar serbuk black pepper.
  • Air secukupnya.
Cara - cara membuat ( meatball ) :-

meatball yg telah dibentuk
  1. Masukkan semua bahan kedalam satu bekas dan gaul sehingga sebati.
  2. Bentukkan  daging menjadi bebola.
  3. Sadurkan bahagian luar daging yang telah dibentuk dengan sedikit serbuk roti.
  4. Setelah siap, anda boleh mengoreng bebola daging tersebut sehingga keperangan.
Cara - cara membuat ( Mushroom Sauce ) :-
  1. Masukkan Campbell's mushroom soup ke dalam periuk.
  2. Tambahkan air secukupnya, jangan terlalu banyak kerana ia akan mencairkan sos.
  3. Masukkan serbuk black pepper dan gaul sos sehingga sebati.
  4. Setelah siap di masak, tuang sos ke atas bebola daging.
  5. Siap untuk dihidang! ^_^
Selamat mencuba resipi ini! ^_^

A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^

2 comments:

Salina said...

sedap & menyelerakan jer rupanya..good laki pandai masak..

C i k P i p i T e m b a m said...

nice ! bolehlah try pasni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...