Followers

Sunday, February 26, 2012

Resepi Speghetti with Prego sauce

Assalamualaikum semua! ^_^

Jumpa lagi dalam entry yang terlatest!. Kali ni aku nak kongsi Resipi Speghetti pulak. Rasanya ramai yang dah tau resipi ni, tapi yang aku masak ni ikut resipi aku sendiri and cara masakan aku sendiri. Tak taulah sama ke tak dengan korang punya. ^_^

Resipi Speghetti with Prego Sauce ni simple je, dah rasa macam masak maggi pun ada sebab terlalu simple. Tak payah nak pening2 kepala memikirkan susah nak masak speghetti ni, alasan tak pandai nak masak bagai, sampai bila nak macam tu? Aku yang lelaki pun boleh masak ini kan pulak perempuan. huhu ( maaf jika anda terasa ) . Okay.. Selamat Mencuba! ^_^



Bahan - Bahannya :-
  • Satu paket San Remo speghetti ( ambil yang gred sederhana )
  • Satu botol sos speghetti Prego
  • 15 ulas bawang putih ( dikisar halus )
  • 50 gm daging kisar
  • Garam secukup rasa
  • Kepingan cendawan
  • 1 sudu besar sos blackpepper
  • 1/2 cawan air
  • (boleh tambah jugak bahan-bahan lain seperti Meetball, Capsicum, atau apa2 saja mengikut kreativiti anda) ^_^
Cara - cara memasaknya :-
  1. Rebus speghetti tadi di dalam air dan letakkan sedikit garam untuk rasa. Tunggu sehingga speghetti tersebut kembang dan toskan.
  2. Tumis bawang putih yang telah dikisar halus tadi di dalam kuali yang telah dipanaskan minyaknya, tapi jangan terlalu masak.
  3. Masukkan daging kisar dan gaul sehingga sebati, daging tersebut janganlah terlalu lama digoreng
  4. Masukkan sos black papper dan kacau rata.
  5. Kemudian masukkan pula kepingan cendawan dan kacau rata sekali lagi.
  6. Masukkan pula setengah cawan air. Jangan terlalu banyak air, nanti sos akan jadi terlalu cair.
  7. Kemudian masukkan sos Prego ke dalam kuali dan gaul sehingga sebati.
  8. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. biarkan masak dalam masa 7 minit.
  9. Sos dah siap untuk dihidangkan bersama speghetti!
Selamat Mencuba!! ^_^


A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^

4 comments:

Mrs Nury said...

Saya suka resepi+masak+makan, memang simple resepi ni..

Kali pertama sampai sini, jemput ke blog saya pula :)

millerJ said...

Wah! tengah2 lapo pulak da. haha :D
nti balik umah nak try la.. kat hostel susah sikit. hehe ^__^

btw, jesse follow blog alif ni.. igt tak blog lama jesse dlu.. tu dah xda. skrg buat blog baru :')

surry0316 said...

selalu buat spagetti ni kalau tak tahu nak masak apa...memang sedap..lgpun segera..senang jer nak buat...ehe

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

menu bujang nmenye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...