Followers

Saturday, March 3, 2012

Resepi Kek Batik

Assalamualaikum dan salam sejahtera..^_^

Maaflah sedikit busy sejak kebelakangan ni, banyak perkara yang tak sempat nak lakukan. Dengan Kursus Kahwin lagi, test minggu depan. Hurmm, mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan. Insya Allah. ^_^

Hari ni, aku nak kongsi resipi Kek Batik ni, even ramai yang dah tahu tapi aku tetap nak kongsi jugak sebab aku baru belajar buat kek ni. Thanks to my dear, sebab mengidam nak makan kek ni, so aku kenalah buat. Bagus jugak tu, kalau dia tak minta, jangan harap aku nak pandai buat kek ni. Selamat Mencuba!! ^_^



Bahan - Bahannya :-
  • Biskut Marie 1 bungkus ( yang ada 3 roll dalam bungkusan, patahkan 2 atau 3 )
  • Serbuk Milo 3 cawan
  • 100 gm coklat masakan
  • 1/2 tin susu sejat
  • 1/3 air panas
Cara - Cara membuatnya :-
  • Masukkan kesemua bahan kecuali Biskut Marie ke dalam periuk yang telah dipanaskan. Gunakan api yg kecil.
  • Gaul kesemua bahan dengan rata, masak sehingga bahan tersebut menjadi pekat ( lebih kurang 10 - 15 minit )
  • Masukkan kepingan Biskut Marie yg telah dipatahkan ke dalam periuk dan ratakan adunan tersebut bersama biskut. ( jangan masak terlalu lama )
  • Setelah selesai, masukkan adunan yg telah siap di masak ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti sejuk.
  • Lagi lama kek disimpan sejuk, lagi sedap kek ini untuk dihidangkan. ^_^
Selamat Mencuba kawan2!! ^_^

A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^

1 comments:

Mrs Nury said...

Wahhh..! Buat untuk yang tersayang rupanya. Romantik laaa.. #Terima kasih untuk perkongsian resepi ni :)

Moga segala urusan Aliff dipermudahkan dan berjalan lancar, Aminnn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...