Followers

Friday, February 10, 2012

Resepi Roasted Chicken with Mushroom Soup

Assalamualaikum semua! ^_^

Wahhh..ada lagi perkongsian resipi untuk hari ini. Kali ni resipi yang ala-ala western pulak. Mula2 tak terfikir pun resipi ni, tapi bila dah otak berhempas pulas berfikir nak masak apa untuk mengisi kekosongan perut ini. Maka terciptalah resipi Roasted Chicken with Mushroom Soup ini. ^_^



Bahan - Bahan ( Roasted Chicken ) :-
  • Bahagian dada ayam ( dibuang tulangnya )
  • 2 ulas bawang putih ( dilumat halus )
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar sos lada hitam
  • Garam secukup rasa.

Bahan - Bahan ( Mushroom Soup ) :-
  • Setengah tin Campbell's Mushroom Soup
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam

Cara - cara memasak ( Roasted Chicken ) :-


  1. Gaulkan bawang putih, serbuk lada hitam, sos lada hitam dan garam dengan bahagian dada ayam tadi sehingga sebati.
  2. Perap selama 10 minit.
  3. Panaskan kuali non-stick dengan kuantiti minyak yang sedikit.
  4. Bakar ayam tersebut sehingga masak atau berwarna keperangan.

Cara - cara memasak ( Mushroom Soup ) :-
  1. Tuangkan Campbell's Mushroom Soup ke dalam periuk masakan, dan tambah setengah cawan air. (jangan terlalu banyak air)
  2. Masukkan pula serbuk lada hitam dan gaul sehingga sebati.
  3. Setelah masak, tuang soup ini ke atas Roasted Chicken kita tadi.
  4. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba resipi ini ! ^_^

A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^

4 comments:

HAFIZAH HAIRI said...

Sedapnyaaaaa..dah r aq suka mushroom sup..terliurrr sih tgk konyee masakan... @_@ huhu

Muhammad Aliff Bin Bohari said...

Hafizah Hairi : terliur?? apa lagi..pergilah masak..haha

Anonymous said...

alif, kak dena ni. try knoor mushroom sup. sedap (: tp kena masak. hee~ nak satuuu! :D

Muhammad Aliff Bin Bohari said...

Sebab malas nak masak la nih..tu yg pakai Campbell's mushroom soup je..senang..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...