Followers

Friday, February 10, 2012

Resepi Nescafe Chocolate Smoothie

Assalamualaikum..^_^
Hari tu aku ada kongsikan resipi Chocolate Moon kan? So memandangkan hari in tiada kelas. Aku berkesempatan untuk mencuba resipi ini pulak. Errr..tak salah kan kalau aku suka memasak bagai nih.. ^_^

Okay.. Resepi untuk hari ini ialah Nescafe Chocolate Smoothie. Aku tak tau lah resipi nih dah ada orang buat ke belum. Tapi resipi nih aku baru terfikir tadi. Duk mengelamun je, tiba terfikir nak buat smoothie. Selamat Mencuba! ^_^




Bahan - bahannya :-

  • 1 paket serbuk nescafe 3 in 1 ( aku pakai yg orignal pek )
  • 1 sudu besar Vanilla Essen
  • 2 besar sudu gula
  • Secawan besar ketulan ais
  • Setengah cawan hirisan coklat ( guna coklat masakan / coklat makan )
  • 1 sudu besar serbuk smoothie
  • 60 ml air.

Cara - cara membuatnya :-

  1. Masukkan ketulan ais, vanilla essen, gula, serbuk nescafe dan serbuk smoothie ke dalam mesin pengisar.
  2. Masukkan juga sebahagian dari hirisan coklat tadi dan asingkan selebihnya untuk digunakan di akhir resipi nanti.
  3. Masukkan air dan kisar semua bahan sehingga halus dan tuang ke dalam gelas yang tinggi.
  4. Hiaskan lebihan coklat tadi sebagai topping untuk Nescafe Chocolate Smoothie ini.
  5. Siap untuk di hidangkan.
Selamat Mencuba yaw! ^_^

A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^

3 comments:

Iskandar Shah said...

Wah..cam sedap! Tapi tu la.. malas nak buat sendiri..huhu

Muhammad Aliff Bin Bohari said...

Iskandar Shah : nanti dah tak malas..cuba lah buat..berbaloi tau.. ^_^

HAFIZAH HAIRI said...

Terbaek...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...