Followers

Monday, February 6, 2012

Resepi Chocolate Moon

Assalamualaikum semua..^_^

Kali ni aku nak kongsikan resipi yang agak menarik tapi ringkas dan mudah di buat. Bahan asasnya ialah coklat. Wahh mesti sedap kan? Al-maklumlah siapa yang tak suka coklat. Coklat lah yang paling sedap, disamping mempunyai banyak kelebihan seperti boleh menenangkan emosi dan ada juga coklat yang boleh membantu menurunkan berat badan. ^_^

Resipi kita pada hari ini dipanggil Chocolate Moon, kalau nak dilihatkan resipi ini lebih kurang sama macam Chocolate smoothie. ^_^

Try it first (^_^)

Bahan - Bahan :-
  • 6 sudu makan serbuk coklat.
  • 30 ml gula sirap.
  • 1 mangkuk puding strawberi.
  • 60 ml jeli berperisa kopi.
  • Secawan besar ketulan ais.
  • 1 sudu teh serbuk smoothie
  • 60 ml air.
Cara membuatnya :-
  1. Masukkan serbuk coklat, gula sirap, serbuk smoothie dan air ke dalam mesin pengisar.
  2. Kisar halus dan tuangkan ke dalam gelas tinggi sehingga setengah gelas. Ambil sedikit puding dan masukkan ke dalamnya.
  3. Tuang selebihnya bahan tadi hingga penuh dan letakkan jeli berperisa kopi di atasnya.
  4. Sedia untuk dihidang.
p/s : hidangan ini memerlukan daya kreativiti anda sendiri. Anda boleh menggantikan puding strawberi dengan jeli atau nata de coco. Selamat Mencuba!! ^_^

A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^

10 comments:

amirahanani said...

kau dh try buat??cam sedap wooo..thanx sok jugak try buat..=)

Muhammad Aliff Bin Bohari said...

Amira Hanani : mestilah dah try buat! memang sedap! buatlah! ^_^

amirahanani said...

sok pagi jugak try..almaklumlah free 3 bulan..klu x sedap..siap!;p

Muhammad Aliff Bin Bohari said...

amira hanani : hamboi~..mesti sedap punya.. resipi nih dah betul..kalau tak sedap its mean u lah yg salah..hahah

jessemiller. said...

weh..cam sedap la! huhu. stay dkt hostel takda equipment nak buat cmni.. :')

loVe puRpLe said...

jadi ke nie hehehhe (^-^)

Muhammad Aliff Bin Bohari said...

Love Purple : mestilah jadi..^_^

CikNana said...

ya Allah..sedapnya air nie.lapo tengok

Muhammad Aliff Bin Bohari said...

Cik Nana : cer try buat..^_^

amirahanani said...

huhu...nk kene carik bahannya dulu..baru leh pi buat..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...