Followers

Thursday, June 21, 2012

Resepi Chocolate Chip Muffin

Assalamualaikum semua... ^_^

Lama benor aku tak update pasal resepi kan? Resepi bersepah-sepah, tapi masa nak buatnya takde. Biasanya aku akan buat dulu then baru kongsi resepi. Bukannya copypaste resepi dekat website lain. Itu tidak cool okay! ^_^

Korang suka muffin? Mesti sukalah kan! Macam-macam jenis muffin ada. Tapi yang aku baru buat semalam muffin cip coklat je. Rasa memang sedap, tapi rupa tak berapa nak ada. Mungkin sebab serbuk penaik tu tak sekata dgn tepung. Buat nak cepat je semalam. Huhuhu




Resepi yg cukup simple dan berbaloi untuk dicuba. Cuba jelah, kalau tak jadi, nanti cuba lagi! ^_^

Bahan - Bahan :-

  • 500 gm tepung gandum
  • 30 gm serbuk penaik
  • 300 gm minyak jagung
  • 300 gm susu segar ( boleh pakai susu coklat dutch lady )
  • 150 gm gula perang
  • 150 gm gula kastor
  • 200 gm telur
  • 200 gm cip coklat
  • 35 gm serbuk koko
Cara - cara :-
  1. Ayak tepung gandum bersama dengan serbuk penaik.
  2. Pukul telur, gula kastor, gula perang sehingga kembang.
  3. Masukkan susu segar dan minyak jagung, kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan tepung yg telah di ayak, serbuk koko dan cip coklat, kacau lagi sehingga sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam cawan acuan muffin.
  6. Bakar pada suhu 190 C selama 20 hingga 25 minit.
  7. Siap untuk dihidang.
Mudah kan? Mesti rasa nak cuba. Jom cuba ramai - ramai! ^_^

p/s : untuk topping muffin anda boleh gunakan cip coklat, whipped cream atau white chocolate ganache. Ikut kreativiti anda! Selamat Mencuba!

A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^

2 comments:

puteri serra said...

yummy yummy..boleh try nih

Hadaina Yusoff said...

dah salin. thank you ! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...