Followers

Saturday, May 26, 2012

Review on - Men In Black 3

Assalamualaikum semua.. ^_^

Korang dah tengok Men In Black 3 ? Kalau belum, meh sini baca sedikit review yang aku buat untuk movie terbaru arahan Barry Sonnenfeld ini ada daya tarikannya tersendiri.


di pawagam 24 Mei 2012

Dalam filem Men In Black 3 kali ini, telah timbul satu kekecohan apabila Boris, seekor mahkluk asing yg jahat telah terlepas dari tahanan Lunar Max. Boris kembali untuk membalas dendam kepada Ejen K yg telah menyebabkan tangannya terputus.

Ejen K(Tommy Lee Jones) dan Ejen J(Will Smith) berkerja sebagai satu pasukan di dalam MIB. Kehadiran Boris memaksa Ejen K untuk kembali ke masa silam bagi menyelesaikan masalahnya terhadap Boris. Keaadan semakin bercelaru apabila Ejen J menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena apabila semua orang di MIB tidak mengenali Ejen K

Ejen O, ketua baru di MIB memberitahu Ejen J bahawa Ejen K telah mati dibunuh pada 16 Julai 1969, dan ini bermakna Ejen J perlu kembali ke masa silam untuk menyelamatkan Ejen K(Josh Brolin) yg muda.

Ejen J akan mengetahui banyak rahsia tentang dirinya semasa dia bertugas untuk menyelamatkan Ejen K dan segalanya akan terjawab semasa mereka berusaha untuk menyelamatkan bumi dari ancaman Boris. Namun, selamatkah mereka?



Ejen J (Will Smith)

Dalam banyak2 watak, yang paling aku suka adalah watak Ejen J yang dilakonkan oleh Will Smith. Ejen J adalah seorang lelaki yang menganggap Ejen K adalah lebih dari rakan sepasukannya. Dia menghormati Ejen K, namun kebisuan Ejen K membuat dia tidak selesa. Jelas itu bukanlah alasan utama, untuk dia mengabaikan tanggungjawabnya terhadap Ejen K. Dan usahanya kembali ke masa silam tidak sia-sia kerana Ejen J mengetahui banyak perkara tentang kisah silam mereka berdua. ^_^

Korang teruja? Kalau teruja baik pergi tengok sekarang!! ^_^

* Aku pergi tengok sorang, amik couple seat duduk sorang. Bukan nak berlagak, tapi sebab nak selesa punya pasal. Duduk couple seat aku boleh bersila sambil menikmati Pop Corn yg sememangnya wajib aku beli.. Hahaha

A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...