Followers

Wednesday, May 16, 2012

Resepi Kek Coklat Mudah

Assalamualaikum semua... ^_^

Hari ini aku nak kongsikan satu lagi resepi yang sedap tetapi mudah untuk dibuat. Yang selama ni tak pandai buat kek pun, mesti jadi pandai buat kek. Resepi ini dijamin jadi kalau betul segala adunan bahan - bahannya. Mari kita cuba buat!! ^_^




Bahan - bahan untuk kek ( 20 - 26 cm ) :-
  • 1 cawan butter
  • 1 dan 3/4 cawan gula halus
  • 2 setengah tepung gandum
  • 1 setengah cawan susu coklat ( pakai yg dutch lady punya )
  • 1 setengah sudu teh esen vanilla
  • 5 sudu besar serbuk koko
  • 1 setengah sudu besar soda bikarbonat
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh garam
Bahan - bahan topping :
  • 200 gm coklat masakan dicincang ( boleh pakai dark chocolate / white chocolate )
  • 90 gm Whipping Cream
  • 1 sudu besar butter
Cara - cara penyedian kek :-
  1. Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan garam dalam satu bekas. 
  2. Dalam bekas lain, pukul butter dan gula hingga berkrim, gunakan mixer lebih mudah.
  3. Masukkan telur satu per satu dan esen vanilla, pukul sehingga sebati.
  4. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi , selang - selikan dengan susu coklat. Pukul sehingga rata.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang kek yang telah dialas dan di gris.
  6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celsius dan bakar selama 45 - 55 minit. Guna api atas bawah.
  7. Untuk mengetahui kek dah masak atau belum, anda boleh cucuk bahagian tengah kek dgn menggunakan lidi. Sekiranya tiada adunan yang melekat bermakna kek anda telah masak.
  8. Sejukkan kek sebelum meletak topping.
Kek yang dah siap dibakar..

Cara - cara penyedian topping :- 
  1. Masukkan kesemua bahan - bahan untuk topping . Masak di atas api perlahan sehingga mendidih. Pastikan anda sentiasa mengacau adunan supaya tidak berkerak di bahagian dasar periuk.
  2. Tuang ke dalam mangkuk, masukkan ke dalam fridge, biarkan adunan mengeras sedikit.
  3. Keluarkan adunan, dan kacau adunan menggunakan sudu hingga pekat.
  4. Sapukan pada kek dan hias.

Kek yang hampir siap dihias


Dah siap sebiji kek. Korang semua mesti nak cuba kan? Simple je resepi ni. Nanti hujung minggu cuba buat. Boleh makan dengan family. Selamat Mencuba!!! ^_^

A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^

3 comments:

syaza sakinah said...

sya nk cuba buat la kek ni..

aliee'liyn said...

Nampak sedap kek ini..mahu saya cuba pulak.. :)

Iqa Shafiqa said...

dah try. :) sedapppp!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...