Followers

Sunday, May 20, 2012

Resepi Homemade Pop Corn

Assalamualaikum semua.. ^_^

Maaf sebab jarang meng'update' blog ini. Aku tau ramai pembaca setia yang menunggu entry terbaru dari blog ini. (ade ke? haha ) . Ade ke takde itu hal kedua, yang penting hati aku seronok bila dapat menulis dekat blog macam ni. Tak lama lagi final exam dah nak habis. Rabu ni memang aku bebas dari final exam untuk semester 4. Tunggu semester 5 pulak. Ehhhh.. melalut pulak. Hahaha.

Okay, hari ni aku nak kongsikan resepi pop corn yang biasanya kita akan beli dekat TGV atau GSC. So, lepas dah tau macam mana nak buat pop corn ni, tak payahlah korang beli lagi. Buat je sendiri then bawak masa tengok wayang. ( tu kalau tak kantoilah.. haha ) Okay, let proceed to the recipe...


Nih Pop Corn terlebih Caramel..Hahaha

Bahan - bahan Pop Corn ( saiz combo ) :-

  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar mentega ( kalau nak tambah sedap cari salted butter )
  • setengah cawan jagung kering ( boleh cari dekat tesco / giant/ mana2 pasaraya )
Bahan - bahan caramel :-
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar butter
  • 4 sudu besar air
Cara - cara penyediaan Pop Corn :-
  1. Gunakan periuk yang rata dasarnya, panaskan minyak dan mentega selama 2 - 3 minit.
  2. Masukkan jagung kering sehingga menutupi dasar periuk.
  3. Tutup periuk, korang akan dengar bunyi pop - pop. ( jagung tu mengembang )
  4. Tunggu sehingga bunyi tu berhenti.
  5. Bila bunyi dah berhenti, masukkan pop corn tu ke bekas yang lain.
Cara - cara penyediaan caramel :-
  1. Masukkan mentega dan gula kedalam periuk.
  2. Masukkan air dan tunggu sehingga adunan mencair.
  3. Masukkan pop corn tadi, dan gaul sehingga rata.
Mudah dan ringkas kan? Mesti boleh buat punya!. Kalau korang nak kelainan, korang boleh jugak cuba gunakan coklat untuk ganti caramel. Takpun korang boleh letak pewarna untuk caramel tu. Buat warna warni pun boleh. Selamat Mencuba!! ^_^

A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^

4 comments:

ℓσʌɛ мɛ αи∂ ʏσʋ said...

best nya ;) jgung kering ep??

Muhammad Aliff Bin Bohari said...

Yup, cuba cari dekat tesco / giant..
Harga tak silap RM2.10.. :-)

rain_gurlz said...

wahh.....lepas ni tak payah nak beli pop corn. buat sendiri je

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

as simple as that..lepas ni bole laa buat kn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...