Followers

Friday, March 23, 2012

Review on - The Hunger Games Movie

Assalamualaikum.. ^_^

Lagi sekali, industri perfileman barat menaruhkan sebuah filem yang diadaptasi dari sebuah bertajuk The Hunger Games , ditulis oleh Suzanne Collins dan telah difilemkan  oleh Gary Ross , Suzanne Collins dan Billy Ray.



Filem ini mengisahkan tetang sebuah permainan tahunan yang wajib dilakukan dan ditonton oleh seluruh penduduk kelas atasan di sebuah metropolis bernama Capitol. Manakala peserta pula akan di bawa dari beberapa daerah kecil yang dihuni oleh penduduk yang miskin dan sentiasa kekurangan makanan.

Terdapat beberapa watak di dalam filem ini, iaitu Katniss Everdeen dilakonkan oleh Jennifer Lawrence seorang remaja perempuan yang lincah dan mahir dalam menggunakan busar. Dia dengan rela hatinya, telah menggantikan adiknya yang terpilih untuk menyertai permainan ini.

Dan yang kedua ialah, watak Peeta Mellark yang dilakonkan oleh Josh Hutcherson. Wataknya sebagai seorang remaja lelaki berasal dari daerah yang sama dengan Katniss ini pada mulanya tidak yakin akan memenangi permainan kejam seperti ini kerana hanya seorang sahaja dibenarkan menang. Rasa cinta dan sayangnya kepada Katniss Everdeen telah mengubah segalanya. Walaupun pada mulanya Katniss tidak dapat menerima apa yang diakui oleh Peeta. Namun ianya berubah apabila Katniss mula menerima Peeta di waktu permainan yang kejam ini sedang berlangsung.

Terdapat juga beberapa watak yang menarik. Korang kena pergi mana-mana wayang berhampiran untuk menonton filem ini. Aku yakin korang takkan rugi. Sebab filem ni best sangat, banyak konflik dan kekejaman. The Hunger Games ni bukan filem biasa. Tapi ia menyajikan sesuatu yang luar biasa dan teramatlah seronok untuk ditontoni. ^_^


A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...