Followers

Friday, March 30, 2012

Review on - Wrath of The Titans

Assalamualaikum semua.. ^_^

Kali ni aku nak buat review on filem terbaru iaitu Wrath of The Titans yg baru je aku tengok tadi dengan si dia.( rajin sangat aku tengok wayang sekarang ni..hahaha ), filem ini adalah sekuel yang berlaku selepas 10 tahun selepas Clash of The Titans. Filem terbaru ini diarahkan oleh Jonathan Liebesman.




Walaupun jalan ceritanya hampir sama seperti filem Clash of The Titans yang menyajikan pertarungan di antara dewa, Namun watak Titans pada kali ini adalah teramat menarik iaitu Kronos. Plot cerita menjadi bertambah menarik apabila Zues dikhianati oleh adik dan anaknya sendiri yang berniat jahat untuk melepaskan Kronos. Seluruh kuasa Zues telah diserap oleh Kronos yang dipenjarakan di Tartarus iaitu penjara yang terletak di kawasan lurah paling dalam di bumi. Perseus, iaitu anak kepada Zues telah menjalankan misi untuk menyelamatkan Zues walaupun dia hanyalah manusia separuh dewa.

Nak tahu cerita selanjutnya? anda patut menontot filem yang baru sahaja ditayangkan ini. Dan aku yakin korang semua takkan menyesal sebab Wrath of The Titans ini menyajikan pelbagai aksi yang menarik dan pasti akan membuat korang teruja... ^_^

A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...