Followers

Saturday, January 21, 2012

Lelaki Baca Novel? Salah ke?

Assalamualaikum...^_^

Haaaa...tajuk tak kontroversi pun kan..tajuk biasa2 je.. Tapi kenapa still ada lagi pandangan yg macam nih??

"Ehhhh...apa barang baca novel"
"Alahhh..mat jiwang lah tuh"
"Ini mesti terlebih jiwang"


Alahai..kenapa mesti dipertikaikan semua tuh.. Kira untunglah lelaki nak membaca. Even baca novel tapi still membaca jugak kan? so perlu ke pertikaikan? rasanya tak perlu. Marilah sama2 kita menanamkan semangat membaca di dalam diri kita (tiba2 je) ^_^

Aku pun jenis yg layan novel jugak. Kebanyakkannya novel cinta lah. Even tak banyak koleksinya sebab baru ada 10 buah novel. Tapi aku hargai sangat2 novel tuh semua. Aku terlalu memilih kalau nak beli novel nih. Aku akan tengok sinopsis cerita novel tuh, kalau menarik barulah aku beli, kalau tak aku carilah yg lain. Apa susah..hahaha..

The latest one adalah novel from "Siti Rosmizah" tajuk dia "7 Hari Mencintaiku". Baru baca sikit, so tak dapat nak rumuskan dengan lengkap. ^_^ .

"Opening cerita yg amat menarik di padatkan lagi dengan watak Khuzairi, seorang lelaki yg terlalu penyabar sehingga orang sekelilingnya mudah mengambil kesempatan terhadapnya dan juga watak Mia Adriana, seorang wanita yg sombong dan tak sedar diri, sentiasa memperlekehkan Khuzairi sejak dari sekolah sehinggalah Khuzairi sah menjadi suaminya di atas permintaan Arwah Dato' Megat Idrus. Namun sikap Mia Adriana tidak berubah. "

Lawak Kampus tu pun baru beli
^_^

Nampak macam menarik kan?? ^_^ . So apa lagi? pergilah beli, best selling novel nih ..^_^

Novel yg paling aku sayang ialah dari novelist "Damya Hanna" yg bertajuk "Bicara Hati" dan "Relaku Menanti" . Kalau nak ditulis sinopsisnya di sini memang panjang lebarlah jadinya . So kalau korang nak tau, korang boleh pergi cari novel2 ni. Aku gerenti yg korang akan terpegun dan puas hati yg teramat sangat dengan jalan ceritanya. ^_^


Bukan apa. Tak salahkan kalau lelaki baca novel? so buangkan presepsi negatif tuh, sebab lelaki pun ada perasaan cinta, so tak mustahil kalau lelaki jadi seorang yg sangat jiwang. ^_^ Menyampah? anda mungkin bukan seorang wanita yg sempurna sekiranya anda menyampah dengan lelaki yg romantik. ^_^

A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^

4 comments:

Awie Omar said...

lawak kampus tu berape ringgit? nak beli satu la
baru follow sini
ada masa singgah la tengok ni
http://awieomar.blogspot.com/2011/04/10-penjenayah-terkemuka-malaysia.html

Muhammad Alif Bin Bohari said...

Awie Omar : Lawak Kampus tuh harga dia RM29.90. Beli dekat Popular. ^_^

Terima kasih follow..akan singgah blog anda semula.. ^_^

.........cP~ said...

Tak de halnya nak baca novel pun. Laki pun ada tulis novel. So, tak kisahlah. Jiwang tak jiwang kan?
p/s: Lawak Kampus memang best!

Anonymous said...

susah nk jmpe lelaki baca novel n mngaku dye baca novel . bile kite tnye malu2 . ingat kite nk perlekehkan dye lettew . hhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...