Followers

Saturday, January 14, 2012

18 Perkara yang Wanita Patut Tahu

Assalamualikum semua!..^_^

Sumber : Google Image

1. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

2
. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin) dan lelaki seperti ini  akan sedikit mengongkong anda kerana, risau keselamat kekasih hatinya.

3.  Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. 

4
. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.Jika penolakan itu bersesuaian dengan keadaan.

5
.  Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

6
.  Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.

7
.  Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!.

8
.  Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9
.  Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10
. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11
. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.Perkara ini sama sahaja seperti anda mendengar nama perempuan lain di mulutnya.. Perempuan??Cemburu takk? ^_^

12
.  Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.

13
.  Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

14
.  Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.

15
.  Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkan kesedihannya di depan orang.Dan berkemungkinan hidupnya akan berubah sekiranya dia kehilangan wanita yg paling dicintainya.

16
.  Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.

17
.  Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.Perasaan kesal dan bersalah akan terbit di sanubarinya

18
.  Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah seorang insan yg sempurna. Sama seperti anda wahai wanita. Jadi sebaik2nya, terimalah lelaki itu seadanya sebagaimana dia menerima kekurangan anda. Jagalah hati lelaki yg sanggup menitiskan air mata hanya kerana anda. Jangan anggaap lelaki seperti ini lemah, tetapi anggaplah bahawa CINTA mereka begitu kuat. PERCAYALAH, lelaki yg mengalirkan air mata kerana anda adalah seorang lelaki yg akan berusaha untuk memperisterikan anda. ^_^


A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^


2 comments:

che sakinah said...

19. walaupun kononnya ada sorang saja dihati, lelaki juga suka memberi harapan dan takut melepaskan kawan2 perempuan yg lain.

*kebanyakan laa.. hahaha

salam kenal bro!

Muhammad Aliff Bin Bohari said...

Hahaha...no komen psl yg nih~.

Kalau anda seorang yg setia dan menghargai cinta..
perkara seperti ini dapat dielakkan..
^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...