Followers

Saturday, February 4, 2012

Review on - Novel 7 Hari Mencintaiku




Penulis : Siti Rosmizah
Penerbit : SR Publication

Khuzairi telah jatuh cinta pandang pertama kepada Mia Adriana sejak dari bangku sekolah lagi. Namun, sikap sombong Mia Adriana yang pernah menghina Khuzairi kerana cintanya itu, Khuzairi tidak lagi menyimpan agan yang tinggi di dalam dirinya untuk memiliki Mia Adriana dan kerana itulah Khuzairi sanggup menjadi seprang perindu yang setia.

Namun, satu pertemuan telah mengubah segalanya, Pak Samad iaitu bapa kepada Khuzairi adalah kawan baik kepada Dato' Megat Idrus iaitu papa Mia Adriana, telah mengubah banyak perkara di dalam hidup Mia Adriana dan Khuzairi. Khalil iaitu tunang kepada Mia Adriana tidak hadir ke majlis pernikahan mereka dan Dato' Megat Idrus teramat kecewa kerana Khalil iaitu anak buahnya sendiri sanggup menjatuhkan maruah mereka sekeluarga hanya kerana wang ringgit.

Di dalam kesedihan itu, Dato' Megat Idrus menyampaikan hajatnya yang terakhir, iaitu ingin menyatukan Khuzairi dan Mia Adriana di dalam satu ikatan yang sah. Mia Adriana terpaksa akur, kerana memandangkan keadaan papanya yang tenat. Dia harus akur ke atas permintaan papanya itu.

Namun, Dato' Megat Idrus tetap pergi menghadap Ilahi kerana sudah sampai ajalnya. Perkara ini memberi impak yg besar di dalam hidup Mia Adriana dan semakin teruk apabila dia terpaksa mengikut Khuzairi iaitu suaminya balik ke kampung halaman. Dendam Mak Leha iaitu mak kepada Khuzairi dan Puan Hayati iaitu mama kepada Mia Adriana belum berakhir. Dan kerana itulah Mak Leha melayan Mia Adriana dengan begitu buruk sekali.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Khuzairi, dan dengan perlaha-lahan Mia Adriana tanpa sedar telah menyayangi dan mencintai lelaki yang pernah di bencinya dahulu. Namun baru rasa cinta itu hendak berbunga, ada sahaja masalah yang menimpa dan hubungan mereka berdua kembali renggang.

Sikap Khalil yang gila banyang. Membuat Mia Adriana meluat. Dan dengan sedaya upaya Mia Adriana membuang lelaki yang telah merosakkan kepercayaannya itu. Telah banyak yang Khalil lakukan, bukan sahaja dengan tidak hadir pada majlis mereka, malah suami Mia Adriana iaitu Khuzairi turut dikhianati oleh Khalil dan itu menambahkan lagi api benci di dalam hati Mia Adriana.

Mia Adriana tidak mampu lagi untuk hidup di rumah keluarga suaminya, Mak Leha dan Helmi iaitu adik Khuzairi sentiasa membencinya, hingga ke satu tahap dia meminta Khuzairi menceraikannya. Namun perkara itu tidak berlaku, kerana Mia Adriana mengandungkan anak dia dan Khuzairi. Dan Khuzairi yang memberikan syarat supaya Mia Adriana lahirkan dahulu anak mereka berdua.

Sembilan bulan Mia Adriana mengandung, dan dalam sembilan bulan itulah rasa cinta dan sayang Mia Adriana makin mekar kepada Khuzairi, namun dia sendiri tidak tahu mengapa hatinya begitu degil untuk mengakuinya. Mia Adriana pergi meninggalkan Khuzairi dan Alisa Ariana iaitu anak perempuan mereka yang baru dilahirkannya hanya kerana sikap egonya yang terlalu tinggi. Sekali lagi Khuzairi terduduk melayan kesedihan.

Namun dengan kuasa Allah, Mia Adriana mendapat hidayah Allah, Buntat seorang anak yang lembam iaitu anak buah Khuzairi yang selama ini di benci oleh Mia Adriana telah menyelamatkannya dari di pukul oleh Khalil dan Buntat mati di tempat kejadian. Kejadian ini mengubah terus hati dan sikap Mia Adriana, dia menyesal kerana perbuatannya yang selalu menghina dan menghukum orang-orang yang tak sama taraf dengannya. Dia bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Dia membantu orang-orang yang pernah di hinanya dahulu.

Mia Adriana pulang ke sisi suami dan anaknya, namun deritanya masih belum berakhir, Khuzairi yang bakal bernikah dengan Syakila iaitu sepupu Khuzairi sendiri melayan isterinya dengan cukup dingin. Mia Adriana merayu agar Khuzairi mencintainya hanya untuk " 7 Hari " dan selepas tempoh itu Mia Adriana akan pergi jauh dari hidupnya. Namun, Khuzairi masih ego, dan dia terus bersikap dingin dengan isterinya sendiri. Dan sikapnya itu memakan dirinya sendiri, walaupun setelah Khuzairi sedar yang dia tidak mampu mencintai perempuan lain selain dari Mia Adriana, isterinya tetap pergi untuk tenangkan diri dan kali ini lebih menyakitkan, kerana Mia Adriana meminta izin untuk membawa anak mereka Alisa Ariana sekali.

Dua bulan berlalu, Mia Adriana pulang juga pada malam pernikahan Sofi iaitu sepupu Mia Adriana dan Helmi. di situ bermulalah semula episod bahagia di dalam hidup Mia Adriana dan juga Khuzairi. Mia Adriana sedar bahawa dia hanya layak ditempatkan di sisi Khuzairi dan di sisi Allah S.W.T . Dan Khuzairi pula mengakui bahawa dia tidak mampu mencintai Mia Adriana hanya untuk " 7 Hari " kerana cintanya kepada Mia Adriana tidak pernah padam untuk selamanya .

Tamat

p/s : ini hanyalah review ringkas untuk novel ini. Sekirannya anda ingin menghayati novel ini dengan lebih mendalam. Sila dapatkan  di kedai-kedai buku berhampiran tempat anda. ^_^

A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...