Followers

Monday, December 26, 2011

Resepi Chocolate Tart (Tat Coklat)

Assalamualaikum semua!!...anda suka masak??selalu memasak??...^_^..bagi siapa yg suka masak tuh mesti suka mencuba pelbagai resipi baru kan?macam2 resipi nak cuba jadi ke tak belakang cerita yg penting tahu macam mana nak sediakan resipi itu...

Aku suka memasak!..dah bermacam resipi aku cuba tp tak berkesempatan untuk post di blog je..dalam blog ni ada sikit je resipi masakan yg aku dah cuba...^_^

Okayy..kali ini aku nak kongsikan Resipi Chocolate Tart pulak...resipi ini amatlah sesuai bagi pengemar coklat..coklat adalah satu medium makanan yg mampu  memberikan ketenangan dan rasa tenteram di jiwa penggemarnya...hebat kan kuasa Coklat ini...^_^


Okayy..taknak cakap banyak..kita teruskan bersama Resipi Chocolate Tart..



Bahan A (kulit tat)
  • 250 gm tepung gandum.
  • 40 gm tepung beras.
  • 125 gm mentega.
  • 60 gm gula castor.
  • Coklat cair secukupnya.

Bahan B (isi tat)
  • 300 gm biskut Chipsmore ( dihancurkan menjadi serbuk)
  • 150 gm mentega
  • 100 gm coklat masakan (dicairkan )
  • buah ceri
  • Chocolate rice

Cara membuatnya :-
  1. Untuk membuat kulit tat, uli mentega bersama gula castor, tepung gandum dan tepung beras hingga sebati. Kemudia bentukkan kulit tat mengikut acuan yang dikehendaki.
  2. Sapukan sedikit coklat masakan yang telah dicairkan di dalam kulit tat dan bakar kulit tat pada suhu 180 C selama 20 minit.
  3. Untuk isi tat pula, panaskan mentega dan masukkan serbuk biskut Chipsmore dan coklat masakan. Gaul sebati sehingga kelihatan seperti inti dan sejukkan sekejap.
  4. Akhir sekali, masukkan adunan isi tat ke bahagian tengah kulit tat dan hiaskan dengan buah ceri dan chocolate rice ( anda boleh menggunakan bahan lain juga sebagai hiasan )
  5. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan untuk rasa yg lebih memuaskan.


Sampai disini saja perkongsian Resipi pada kali ini...Selamat Mencuba!...^_^


A L I F F B O H A R I



Step From Abnormality

^_^

4 comments:

HAFIZAH HAIRI said...

wahh . nmpak sedap . nak try r nanty .

Muhammad Aliff Bin Bohari said...

Selamat Mencuba~!!..^_^

Aftha Yushiro said...

next year kalau ada #Masterchef kau masuk laa haha :)

Adam Haiqal said...

anda ditagged oleh saya utk giveaway contest by darkbatman ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...