Key Lime Pie?? |
Kita semua tahu bahawa Android telah mengeluarkan OS yang terbarunya iaitu Jelly Bean. Malah Android juga telah memperlihatkan OS yang paling terbarunya iaitu Android 5.0 Key Lime Pie. Buat masa ini, Jelly Bean dapat dinikmati pada peranti - peranti terbaru Samsung seperti Galaxy Note 2, Galaxy SIII yang baru sahaja menerima OTA naik tarafnya.
Namun Samsung Galaxy Note N7000 iaitu model pertama Note yang memecah rekod jualannya yang tersendiri masih belum menerima apa-apa naik taraf dari segi OS. Galaxy Note N7000 datang dengan OS Android Gingerbread pada awal pengeluarannya dan menerima naik taraf terkini kepada OS Android Ice Cream Sandwich baru-baru ini. Namun ini sudah pasti tidak mencukupi bagi pengguna peranti Galaxy Note yang pertama ini, sudah pasti mereka menginginkan naik taraf yang terbaru iaitu Android Jelly Bean.
Jangan risau! telah terdapat banyak khabar angin mengatakan bahawa peranti ini turut akan menerima naik taraf kepada Jelly Bean seperti peranti Samsung yang lain. Malah www.sammobile.com juga telah mengeluarkan beberapa firmware Jelly Bean untuk peranti ini. Jelly Bean akan sampai kepada peranti anda mungkin pada hujung tahun ini atau awal tahun 2013. Jom kita tunggu!
(aku pun pakai Galaxy Note.. hahaha)
Ingin cuba naik taraf Galaxy Note N7000 anda ke Jelly Bean?? Ini cuma test firmware, Gunakan di atas risiko anda sendiri!
Cuba klik sini :- N7000B LS4TCE
0 comments:
Post a Comment