Followers

Sunday, December 16, 2012

Review on - The Hobbit : An Unexpected Journey

Baru - baru ini, telah ditayangkan filem epik fantasi-pengembaraan iaitu The Hobbit : An Unexpected Journey. Filem ini dibintangi oleh Martin Freeman, Ian Mckellen, Richard Armitage, Orlando Bloom dan ramai lagi pelakon - pelakon hebat yang membantu menjayakan filem 3 episod ini.




Filem ini adalah berdasarkan novel fantasi The Hobbit yang ditulis oleh J.R.R Tolkien pada tahun 1937 dan di arahkan oleh pengarah asal siri The Lord of The Rings iaitu Peter Jackson.

Filem ini dilakonkan di dunia fiksyen yang bernama Middle Earth, ketiga-tiga filem ini mengisahkan tentang The Hobbit, Bilbo Baggins ( Martin Freeman ) yang diupah oleh ahli sihir, Gandalf ( Ian Mckellen ) untuk menemani 13 orang kerdil yang diketuai oleh Thorin Oakenshield ( Richard Armitage ) dalam pengembaraan untuk menebus kembali Lonely Mountain daripada naga, Smaug ( Bendict Cumberbatch )


Lonely Mountain


Siri ini bermula dengan tayangan The Hobbit : An Unexpected Adventure ( 14 Dec 2012 ) kemudian diikuti The Hobbit : The Desolation of Smaug ( 13 Dec 2013 ) dan diakhiri dengan The Hobbit : There and Back Again ( 18 July 2014 ).

Mari nantikan episod kedua dan ketiga filem The Hobbit ini! Siapa yang belum tonton, pergi tonton di wayang berdekatan. Filem ini pasti akan membuat anda teruja! (^_^)v

A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...