Followers

Tuesday, December 18, 2012

Samsung Galaxy Grand : Ahli Keluarga Baru Galaxy

Samsung secara rasminya telah mengumumkan Galaxy Grand GT - I9080 dan juga Galaxy Grand DUOS GT - I9082. Kedua - dua peranti ini dijangkakan akan menemui peminat telefon pintar Samsung pada awal tahun 2013. 

Samsung Galaxy Grand
Samsung Galaxy S III

Peranti ini dijana oleh 1.2 GHz dual-core processor, OS Android 4.1.2 ( Jelly Bean ) , memiliki paparan 5.0, inci, kamera 8.0 MP pada bahagian belakang dan 2 MP di hadapan. Galaxy Grand ini juga memiliki beberapa keistimewaan seperti S Voice, Direct Call, Pop up Play, dan juga Best Photo.






Reka bentuk telefon ini adalah lebih kurang sama dengan Galaxy S III. Mungkinkah Samsung mengeluarkan peranti ini untuk pelanggan yang ingin memiliki Galaxy S III namun tak mampu melakukan demikian. Melihat pada spesifikasi Galaxy Grand ini, dapat saya jangkakan bahawa harganya akan jauh lebih murah daripada Galaxy S III.

Model Galaxy Grand DUOS pula mungkin akan di datangkan dengan fungsi dual-sim.




Namun tiada kenyataan rasmi bagi Samsung Malaysia, tentang bila peranti ini akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia.




Sumber Asal :- www.sammobile.com , www.gsmarena.com



A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...