Followers

Sunday, December 23, 2012

Arabian House Restaurant : Makan Nasi Arab


Ingin cuba selera Arab pula? Rasanya anda bolehlah singgah ke Arabian House Restaurant yg menampilkan pelbagai menu menarik dan lebih berciri - ciri eksklusif. Restoran ini terletak di Taman Putra Kajang juga berhampiran dengan Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.

Baru - baru ni, aku baru pergi restoran ni dengan yg tersayang. Saja nak bagi kejutan selepas dia balik kerja. Nak bagi makan puas - puas biar berisi badan dia tu. Hahaha. Antara menu yang kami order adalah :


Mandy Chicken Rice ( Large ) = RM 20.00


Mandy Lamb Rice ( Large ) = RM 20.00

Menu yang pertama tu dihidang dengan daging kambing yang hampir masak, so daging tu lembut dan sememangnya ada aroma kambing yang nyata. Rasanya pun rasa kambing yang nyata. Hahahaha. Menu yang kedua tu pulak, macam biasalah, ayam yang dipanggang dengan ramuan asli dari arab agaknya. Rasa yang amat sedap dan berbaloi untuk di nikmati. 

Makan nasi arab ni yg specialnya bg aku adalah sos yg dihidangkan sekali tu, nampak mcm sambal belacan, tapi yg ni lebih masam dan membuka selera. Itu yg paling sedap!! licin beb sambal tu..hahaha

Air pulak kitaorang order Banana Milk Shake dgn Yogurt Fresh Milk. Even Yogurt Fresh Milk tu agak masam. Tapi aku still control macho sambil tukar air dengan si Dia, biar dia yang minum air tu. Hahahah.

Yogurt Fresh Milk = RM 5.00

Banana Milk Shake = RM 7.00
In total, we need to pay RM 52.00. Takde tax okay. No service tax, No GST tax. Puasnya makan tak kena cukai. Hahahaha. So, if korang nak cuba hidangan arab ni, bolehlah cuba di Arabian House Restaurant. Terdapat pelbagai menu yg disediakan, tempat pun menarik, terasa macam makan dekat kedai makanan mewah. Service pun agak memuaskan. 9/10 untuk Pak Arab semua! :)

1 - G, Jalan Putra 5,
Taman Putra Kajang
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.


 A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^

1 comments:

Ana Farhana said...

wahhh.. nampak menyeleraakannn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...