Followers

Tuesday, December 11, 2012

Resepi Ayam Panggang Halia

Assalamualaikum semua.. (^_^)v
Bertemu kembali dalam section Resepi Masakan Saya!! Yeayyyy!!

Maaf sebab terlalu lama mengambil masa untuk entry yg terkini. Ketandusan idea, tiada mood untuk menulis buat seketika waktu. Now dah ada mood sikit2. Bolehlah tibai blog aku ni kejap! :D

Okay, kali ni aku nak kongsikan resepi Ayam Panggang Halia, aku tak peduli even ramai dah tau resepi ni, aku tetap nak kongsi. Resepi ni khas aku tujukan kepada kanak2 berusia 5 tahun ke bawah. Diorang je yg belum tahu resepi ni.. :p

Nahh! tatap gambar dulu! tak kenal maka tak lapar bukan?? hehehe

Bahan - Bahan ( makan utk 4 - 5 orang )
  • Seekor ayam ( dipotong 4 )
  • 4 inci halia
  • 3 batang serai ( potong jadikan pendek )
  • 5 sudu besar sos blackpapper ( boleh tambah kalau rasa tak cukup )
  • 6 sudu besar sos tiram ( boleh tambah kalau rasa tak cukup )
  • 2 sudu besar serbuk blackpapper
  • 1 sudu besar garam

Bahan - Bahan ( sos )
  • 5 sudu besar cili kisar / giling
  • 3 ulas bawang putih di tumbuk
  • 1 sudu besar cuka masakan
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu besar gula
  • Air secukupnya
Cara penyediaan ( Ayam )
  1. Masukkan halia dan serai ke dalam pengisar dan kisar sehingga lumat.
  2. Gaul ayam bersama garam, sos blackpapper, sos tiram, serbuk blackpapper dan bahan yg telah dikisar tadi sehingga rata.
  3. Perap selama 1 - 2 jam ( lagi lama lg bagus, baru rasa masuk betul2 dalam daging ayam )
  4. Panaskan oven pada suhu 100 degree terlebih dahulu selama 3 minit.
  5. Masukkan ayam yg telah diperap ke dalam oven dan letak pada bahagia tengah oven dan masak selama 45 - 50 minit pada suhu 240 degree. Gunakan api atas bawah.
  6. Sentiasa alih ayam bagi mereka yg menggunakan oven biasa. Kalau guna oven yg berpusing tu, tak payah alih pun takpe, tunggu sampai masak je. :)
tips : Aku gunakan aluminium foil untuk elakkan oven comot, bentukkan aluminium foil tu mcm mangkuk then letak atas gril pemanggang tu. Sapu minyak masak sikit then letak ayam. Tapi guna cara aku ni kena rajin terbalikkan ayam tu. (^_^)

Cara Penyediaan ( Sos )
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar / giling.
  4. Masukkan cuka masakan, garam dan gula.
  5. Masukkan air yg secukupnya ( nak kuah pekat janganlah banyak air )
  6. Kacau dengan sebati dan masak selama 5 - 7 minit.
  7. Tuang sos ke atas ayam.
  8. Yeayyy!! dah siap untuk dihidang!! (^_^)v
Selamat mencuba kawan-kawan!! Serious senang gila resepi ni! Korang mesti cuba tau! 
(^_^)v

A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^


2 comments:

luqman zakaria said...

menyelerakan..huhuh~

puteri serra said...

ayam panggang...sedap-sedap^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...