Followers

Tuesday, May 8, 2012

Resepi Puding Caramel

Assalamualaikum semua... ^_^

Hari ini, aku nak kongsikan resepi yang teramat mudah, dan korang semua dengan mudah boleh mencubanya. Resepi Puding Caramel nih mungkin sikit memuakkan. Tetapi sekiranya betul dan tepat sukatan bahan - bahan yang digunakan untuk buat Puding ini. Pasti rasa muak itu akan berkurang. Okay, lets proceed to the recipe ^_^ >>>>


Bahan - bahannya (  berdiameter 15 - 20 cm ) :-
  • 5 - 7 biji telur ( gred A )
  • 1 tin susu isian pekat manis ( 510ml )
  • Gula pasir 3 sudu besar
  • 1 sudu kecil gula merah
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 cawan air ( 160ml )
  • Loyang berdiameter 15 - 20cm
Cara - cara menyediakannya :-
  • Panaskan gula pasir di dalam loyang dengan api yang sederhana agar gula itu mencair. Tambahkan juga  gula merah untuk mendapatkan warna keperangan. Panaskan sehingga gula mencair dan berwarna keperangan sedikit. Sejukkan sehingga gula membeku di dasar loyang.
  • Masukkan telur , air , garam , tepung kastard, susu pekat manis ke dalam Mixer dan pukul sampai sebati . ( 10 - 15 saat )
  • Tuang adunan yg telah sebati ke dalam loyang yang telah beku gulanya dengan menggunakan penapis.
  • Masukkan loyang ke dalam pengukus semasa air kukusan sedang mendidih dan kukus dalam durasi 30 - 45 minit.
  • Setelah masak , telangkupkan loyang ke pinggan yang leper dan simpan di dalam fridge kerana lebih enak dihidangkan sejuk.
  • Selamat Mencuba!! ^_^

p/s :- cuba tambah coklat cair di atas Puding itu ikut kreativiti anda.


A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^



5 comments:

CikNana said...

seronoknya awak nie..pandai masak.untung le.hhehe

Muhammad Aliff Bin Bohari said...

Cik Nana : Terima kasih.. ^_^

Ahlam Miera Amirul Shafie said...

wahhh..bgusnya...sy pn xtaw buat puding ni...n tq share resipi leh la sy cuba nanti...:)

miza kimbum said...

sedapnya...nyum2...^_^ nak rase :D

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

omakaiii sedapnye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...