Followers

Tuesday, January 3, 2012

Resepi Sotong Goreng Kunyit Blackpepper

Assalamualaikum....^_^

Hye semua!!...entry kali ini nak kongsi lagi pasal masakan...masakan nih tak susah pon...dan cara memasaknya pun senang...so anda tak payah la kata..."isshhhh...susahnya nak masak!!.."..^_^..ini zaman moden lah kawan2..memasak senang je sebenarnya...yg penting anda kreatif dan minat...jangan sampai dah pertengahan umur pun tak reti nak masak..parah jadinya nanti...hehehe...^_^..takkan dah kahwin nanti hari2 nak makan kedai...betul takkk??...:-)



Okayy..nama resipi hari nih ialah Sotong Goreng Tepung Blackpepper...

Sorry gambar tak berseni
malas nak carik angle..
hahaha
^_^

Bahan - Bahan ( untuk 4 - 5 orang makan ) :-
  1. Setengah kilo Sotong ( di hiris bulat )
  2. 1 biji Bawang kecil dan Bawang putih ( untuk tumis )
  3. 1 biji Bawang Besar ( di hiris bulat )
  4. 1 biji Cili besar merah
  5. 1 sudu besar Serbuk lada hitam
  6. 1 sudu besar Sos lada hitam
  7. 2 sudu besar Serbuk kunyit
  8. Garam secukup rasa
Cara - cara menyediakannya :-


  • Lumurkan Sotong bersama dengan Serbuk kunyit, Serbuk lada hitam, Sos lada hitam dan garam secukup rasa sehingga sebati. Dan perap Sotong tadi dalam masa 15 minit bagi membenarkan Sotong meresap campuran serbuk kunyit tadi.
  • Tumis bawang kecil dan bawang putih di dalam kuali yg telah dipanaskan minyaknya.
  • Setelah naik bau, masukkan Sotong yg telah diperap tadi dan goreng seperti biasa.
  • Setelah sotong kelihatan mengembang atau masak, masukkan hirisan Bawang besar dan Cili besar..(bahan sayuran selalunya aku masukkan kemudian kerana tak mahu kehilangan tekstur dan rasanya )
  • Masukkan garam secukup rasa dan kacau sehingga sebati.
  • Setelah siap digoreng anda boleh hidangkan dengan pelbagai hiasan mengikut kreativiti anda..^_^
* anda juga boleh menambah bahan mentah seperti Tepung Gandum dan Telur mengikut kreativiti anda


A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^

2 comments:

iAmCekbolat said...

wah.. sdapnye.. nk try =)

Muhammad Alif Bin Bohari said...

wahhh...
try lahh...
kalau nak lagi menarik..
tmbah tepung crispy..
^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...