Followers

Sunday, January 1, 2012

Resepi Sotong BlackPepper

Assalamualaikum semua!!!..
^_^

Hari nih aku nak kongsikan satu lagi Resipi masakan yg aku dah cuba buat...mula2 rasa macam susah nak buat..tapi bila dah siap..alahai..senang je...berdasarkan Resipi masakan Daging Black Pepper yg aku selalu buat..aku tukar sedikit resipi ini untuk kali ini..tak tukar banyak pun..cuma tukar bahan mentah..aku tukarkan Daging ke Sotong...^_^

Okayyy..dah la melalut tuhh.nanti tulis panjang2..resipinya lupa nak tulis pulak..hahah~...^_^


Resipi Sotong BlackPepper


Bahan - bahan ( utk 5- 6 orang)
  • Setengah kilo sotong ( dipotong kecil )
  • 1 biji Bawang besar ( dipipih untuk mendapatkan bentuk yg menarik )
  • 1 biji Bawang kecil ( untuk menumis )
  • 3 ulas bawang putih ( untuk menumis )
  • 2 - 3 sudu makan Sos Black Pepper ( tambah dgn sedikit air panas dan kacau )
  • Setengah sudu makan Serbuk Black Pepper ( telah dikisar )
  • 4 biji cili besar merah ( 2 biji untuk masakan dan 2 biji lagi untuk hiasan )
  • 1 biji Tomato ( dipotong dadu )
  • Air setengah cawan
Cara - cara membuatnya :-
  1. Tumis bawang putih dan bawang kecil di dalam kuali yg telah dipanaskan minyaknya.
  2. Setelah naik bau. Masukkan Sos Black Pepper dan kacau sehingga rata.
  3. Masukkan bawang besar dan cili besar, kacau lagi sehingga sebati.
  4. Kemudian masukkan pula Sotong dan ratakan Sotong dan kuah Black Pepper tadi. Masak dalam lingkungan 10 minit.
  5. Setelah Sotong kelihatan mengembang, Masukan pula Tomato yg telah dipotong dadu tadi. ( Tomato ini sebaiknya dimasukan di akhir masakan untuk mengelakkan tomato itu kecut dan hilang khasiat )
  6. Kacau lagi sehingga rata dan setelah siap di masak, anda boleh hidangkan masakan ini dengan sedikit hiasan seperti Cili besar dan Tomato.. ^_^



p/s : bertemu di entry akan datang!!...^_^

A L I F F B O H A R I



Step From Abnormality

^_^

2 comments:

smilenajah93 said...

wohow ! mcm best !! hehe ~

Muhammad Aliff Bin Bohari said...

memang best!!
cubalahh~!
^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...