Followers

Sunday, January 8, 2012

Peluang Kedua di depan mata

Assalamualaikum semua!..^_^


sumber : Google Image


Anda pernah gagal ketika di berikan peluang pertama?? rasanya ramai yang tak bernasib baik dengan peluang pertama mereka, mungkin berlaku sedikit kesilapan sehingga peluang pertama itu terlepas begitu sahaja. Dan pastinya anda ingin peluang yg kedua untuk membuktikan bahawa anda layak dapat apa yg anda terlepas dahulu.

Bila anda telah diberikan Peluang Kedua berjanjilah pada diri anda yg anda tidak akan mensia-siakan peluang itu. Ini antara bagaimana caranya anda boleh menggunakan Peluang Kedua itu sebaik mungkin :-
  • Bersyukur kepada-Nya dan banyakkan berdoa kerana Peluang Kedua yg anda dapat itu adalah kurnian-Nya.
  • Rancang dan berusaha lebih banyak untuk membuktikan anda berhak dapat Peluang Kedua itu.
  • Jika anda dapat Peluang Kedua di dalam Hubungan Cinta, berikan komitmen lebih kepada si dia, elakkan dari mengabaikan si dia dan rancang masa depan anda berdua secepat mungkin (lagi cepat kahwin lagi bagus..^_* )
  • Jangan cepat lupa diri, Ingat siapa diri anda sebenarnya, dari mana anda bermula dan siapa yg membantu anda.
  • Jauhkan diri dari sifat tamak, usahakan apa yg termampu dahulu jika anda tak mahu Peluang Kedua kali ini tersia begitu sahaja.. ^_^
  • Peluang Kedua dalam pelajaran??tak mustahil kan?. Jadi berikan tumpuan anda sepenuhnya di dalam apa yg anda pelajari.
  • Bos anda beri anda Peluang Kedua untuk perbaiki prestasi diri di tempat kerja, Jadi apa lagi? gunakanlah peluang tersebut sebaik mungkin. ^_^
  • Jangan cepat putus asa dengan dugaan yg mendatang. Ingat! Allah menurunkan dugaan yg banyak kerana Allah mengetahui bahawa hamba-Nya itu kuat imannya.
  • Jangan lupa menghargai insan yg membantu anda mencapai kejayaan selepas di beri peluang sekali lagi.
  • Bersyukur dan bertawakal lah kepada-Nya, kerana apa yg anda miliki semuanya di atas keizinan-Nya.
Ingat! Peluang Kedua ini diberikan kerana anda masih layak menerimanya. Jadi usahakanlah untuk membuktikan anda mampu memberi yg terbaik selepas di beri Peluang Kedua.

p/s : berikanlah yg terbaik selepas anda berusaha keras untuk mendapatkan Peluang Kedua itu..^_^

A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^

4 comments:

nyza said...

betul3. so hargai larh peluang kedua tuu sebaik-baik nya. :)

Muhammad Aliff Bin Bohari said...

betul tuh~
bila kita menghargai barulah kita layak dihargai..

^_^

Cik diLLa a.k.a pemilik BLog said...

tapi biasa orang kata,jgn lepaskn peuang prtama sbb tak mungkin ade pluang kedua..hehe..

Muhammad Aliff Bin Bohari said...

Cik Dilla : ini cerita pasal peluang kedua pulak lahh~..hahaha..

Sebaiknya jgn sia-siakan peluang pertama tu..gunakanlah peluang pertama itu sebaik mungkin...^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...