Followers

Monday, December 5, 2011

Perkara Romantik Dalam Percintaan~

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca....

Yess~!..lama aku tak update blog kan??okayy nak update la ni~..hehehehe...cuma nak kongsikan sedikit ilmu hasil dari aku menjenguk blog2 blogger lain..ilmu kan??so kena lah kongsikan...selamat membaca!!~..^_^


Google Image

Ramai di antara kita berusaha untuk mencari cinta kita yg sebenar kan??tak mustahil banyak halangan yang kita perlu lalui dalam misi mencari cinta sebenar ni...tapi ingatlah..bahawa..segala yang kita lalui akan lebih mengajar kita erti sabar..akan lebih membuat kita lebih menghargai sesuatu hubungan kerana kita tahu bahawa kita dapat bersama dengan pasangan kita sekarang selepas kita berusaha bersungguh-sungguh...kuranglah kes couple sekejap then cari yg lain...Insyaallah..kurang jugak kes kahwin sekejap then cerai...renungkanlah~..^_^


Okay..di bawah ni adalah antara cara bagaimana korang boleh tunjukkan bahawa korang menghargai hubungan yang korang bina..di samping menambah kemanisan dalam hubungan korang..Insyaallah...Allah menentukan takdir kita...tapi kita perlu berusaha untuk menjaga takdir itu..berdoalah untuk apa yang terbaik...dan berusahalah untuk apa yang ingin dicapai...^_^


Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha untuk mengubah nasibnya sendiri...selamat beramal!!...^_^



1. Menikmati pemandangan indah matahari terbenam bersama-sama.

2. Berduaan berjalan di dalam hujan. Mungkin agak aneh bagi sesetengah pasangan, namun bagi mereka yang pernah mencuba, aktiviti ini mampu membahagiakan serta meredakan tekanan.

3. Kenal pasti wangian kegemaran pasangan anda. Apabila anda keluar bersamanya, semburkan sedikit wangian tersebut dan lihat reaksinya. Sudah tentu pasangan anda menjadi lebih rapat dan manja di sisi anda.

4. Bertukar hadiah. Tidak perlu mahal, cukup sekadar sekotak coklat atau sekuntum bunga mawar.

5. Letakkan sekeping nota cinta di poket atau di dalam diarinya tanpa disedari. Apabila dia membaca nota cinta itu, si dia tentu akan tersenyum sambil mengingati anda.

6. Menyanyikan lagu cinta untuknya. Anda tidak semestinya bersuara merdu untuk tujuan ini. Cukuplah jika mesej yang cuba anda sampaikan berjaya diterimanya. Hatinya pasti tersentuh dengan segala usaha yang telah ditunjukkan oleh anda.

7. Pegang tangannya, pandang tepat pada anak matanya, cium tangannya dan letakkan di hati anda. Pasti si dia angau dengan perlakukan anda itu.

8. Menonton filem romantik kegemarannya. Sesekali ubah selera anda yang sukakan cerita-cerita seram dan ganas. Si dia pasti akan menghargai usaha anda itu.

9. Jangan sekali-kali lupa untuk memberikan kucupan selamat malam kepada pasangan anda. Mungkin ada yang beranggapan ianya remeh, namun terdapat pasangan yang mengakui kucupan selamat malam merupakan aktiviti paling romantik yang dilakukan selepas penat bekerja seharian.



A L I F F B O H A R I




Step From Abnormality

^_^

3 comments:

Muhammad Alif Bin Bohari said...

Azam : nice kan...cubalah..
insyaallah..hubungan akan lebih manis...^_^

Unknown said...

hubungan dan cara mcm ni sesuai utk mereka yg dah bernikah... yg couple jgn berani cuba... sesungguhnya ia sesuatu dosa besar...
( just for reminder )

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2011/11/cuti-cuti-malaysia-mari-melawat-johor.html

Muhammad Alif Bin Bohari said...

Faizulosman : yupp..saya setuju dengan anda..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...