Okayyy..kalau korang carik dekat resepi2 Chicken Chop yg lain mungkin berbeza dgn apa yang aku buat...Tapi resepi aku nih tetap jadi jugak...haha
(untuk 1 orang)
Bahan untuk Ayam :
- Sediakan bahagian dada ayam yang telah di debone kan..(takda tulang okay..korang kena buat proses nih berhati-hati..takpun pergi je Pasaraya..tak silap aku ada jual ayam yg dah Deboned nihh~)
- Serbuk roti..(pakai roti bakar je pun...blend kan aja dalam blender mak korang)
- Telur sebiji...
- Sedikit lada sulah.
- garam secukup rasa.
Cara-cara untuk menyediakan :
- Lumurkan ayam dengan serbuk lada sulah dan garam untuk menyerapkan rasa pedas..dan biarkan sehingga 15 minit..
- Pecahkan telur dan pukul telur di dalam satu bekas..
- Lumurkan bahagian ayam yang telah di debone kan tadi dengan telur sehingga rata..
- Kemudian..lumurkan ayam tersebut dengan serbuk roti...
- dan goreng sehingga anda rasa ayam tu dah masak...tapi jgn terlalu lama..takut serbuk roti tu hangus~
- dah siap!!
Baru ayam je yang siap kuahnye belum okayy~huhu
Bahan untuk Chicken Chop Sauce :
- Sedikit bawang putih
- Satu paket Instant Mushroom Soup Campbell...
- Sos tiram..
- Sedikit serbuk lada sulah
Cara-cara menyediakan :
- Cincang halus bawang putih dan tumis di dalam kuali sehingga naik bau..(minyak sikit je tau..)
- Tambahkan setengah cawan air di dalam kuali...
- masukkan satu paket Instant Mushroom Soup Campbell...
- kacau sehingga rata..
- masukkan pula sos tiram untuk mendapatkan rasa dan kacau sehingga sebati..
- dan masukkan sedikit serbuk lada sulah untuk rasa pedas~
- masak dalam masa 7-10 minit berdasarkan kuantiti Sauce ini...
- setelah siap...anda tuangkan Sauce ini ke atas bahagia ayam yang telah siap di goreng tadi...
P/s : Hidangkan mengikut kreativiti anda..aku hidangkan dengan daging burger yang dibakar...yang aku buat nih simple je..kalau cukup bahan mau aku hias mcm kereta berhias tuhh...haha~
Selamat Mencuba!!
^_^
3 comments:
nak try ahh nanty . huhu
Cam best je!.. mmg kene try nti ni
senang je nak buat sos dia rupanya.. :)
Post a Comment