Followers

Friday, November 4, 2011

Orang Bujang memasak~

Assalamualaikum semua!..
haaa~..jawab jangan tak jawab...okayy..aku akui memang hampir sebulan aku tak update blog nihh..tiba2 rasa macam nak hilangkan diri..huhu~..yess!..dalam sebulan nih sumpah rasa kosong..takda mood nak update blog..takda idea nak update blog...mungkin disebabkan beberapa masalah yg menimpa agaknya...its okayy~..masalah akan buat kita lebih kuat dan lebih berfikiran matang...

Okayyy~..post untuk kali ini ialah menu masakan ye~...tah tiba2 rasa macam nak masak..so ape lagi dengan bahan yang serba tak mencukupi..alhamdulillah..jadi jugak Chicken Chop aku...*Chicken Chop la sngt...Whoaaa..its me!..aku memang suka masak...and aku akan masak dgn cara aku sendiri...apa yang aku rasa perlu letak aku letak...tak payah nak ikut resepi sngt..yang penting aku puas!.ehehehe~


Okayyy~..nampak sedap kan?
yess!..rasanya pun sedap!
cubalah!
^_^


Okayyy..kalau korang carik dekat resepi2 Chicken Chop yg lain mungkin berbeza dgn apa yang aku buat...Tapi resepi aku nih tetap jadi jugak...haha

(untuk 1 orang)
Bahan untuk Ayam :

  1. Sediakan bahagian dada ayam yang telah di debone kan..(takda tulang okay..korang kena buat proses nih berhati-hati..takpun pergi je Pasaraya..tak silap aku ada jual ayam yg dah Deboned nihh~)
  2. Serbuk roti..(pakai roti bakar je pun...blend kan aja dalam blender mak korang)
  3. Telur sebiji...
  4. Sedikit lada sulah.
  5. garam secukup rasa.
Cara-cara untuk menyediakan :

  1. Lumurkan ayam dengan serbuk lada sulah dan garam untuk menyerapkan rasa pedas..dan biarkan sehingga 15 minit..
  2. Pecahkan telur dan pukul telur di dalam satu bekas..
  3. Lumurkan bahagian ayam yang telah di debone kan tadi dengan telur sehingga rata..
  4. Kemudian..lumurkan ayam tersebut dengan serbuk roti...
  5. dan goreng sehingga anda rasa ayam tu dah masak...tapi jgn terlalu lama..takut serbuk roti tu hangus~
  6. dah siap!!
Baru ayam je yang siap kuahnye belum okayy~huhu

Bahan untuk Chicken Chop Sauce :

  1. Sedikit bawang putih
  2. Satu paket Instant Mushroom Soup Campbell...
  3. Sos tiram..
  4. Sedikit serbuk lada sulah
Cara-cara menyediakan :

  1. Cincang halus bawang putih dan tumis di dalam kuali sehingga naik bau..(minyak sikit je tau..)
  2. Tambahkan setengah cawan air di dalam kuali...
  3. masukkan satu paket Instant Mushroom Soup Campbell...
  4. kacau sehingga rata..
  5. masukkan pula sos tiram untuk mendapatkan rasa dan kacau sehingga sebati..
  6. dan masukkan sedikit serbuk lada sulah untuk rasa pedas~
  7. masak dalam masa 7-10 minit berdasarkan kuantiti Sauce ini...
  8. setelah siap...anda tuangkan Sauce ini ke atas bahagia ayam yang telah siap di goreng tadi...

P/s : Hidangkan mengikut kreativiti anda..aku hidangkan dengan daging burger yang dibakar...yang aku buat nih simple je..kalau cukup bahan mau aku hias mcm kereta berhias tuhh...haha~

Selamat Mencuba!!
^_^


A L I F F B O H A R I


Step From Abnormality

^_^



3 comments:

HAFIZAH HAIRI said...

nak try ahh nanty . huhu

Cik Etel said...

Cam best je!.. mmg kene try nti ni

Afiqah Sharif said...

senang je nak buat sos dia rupanya.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...