Followers

Monday, October 10, 2011

Sebab Allah Menemukan kita dengan pasangan yang salah..

Sebagai seorang manusia biasa, kita memang dicipta penuh dengan perasaan kasih, sayang, dan cinta. Dan setiap insan baik lelaki ataupun perempuan ingin dicintai, ingin disayangi oleh pasangan masing - masing. Tapi dalam harapan kita untuk mengecapi kebahagian itu, tak mustahil ada pelbagai dugaan yang menimpa dan yang paling terkesan adalah apabila apa yang kita lakukan tidak dihargai langsung malah kita ditinggalkan tanpa sebab yang munasabah. Tetapi, Allah tidak akan membiarkan umatnya sentiasa dalam perasaan sedih, dan hanya diri kita sendiri yang mempunyai kunci untuk menghapuskan segala kesedihan yang kita alami. Segala yang telah berlaku ada sebabnya. Dan Allah itu Maha Adil kepada seluruh hamba-Nya.

Allah menemukan kita dengan pasangan yang salah kerana :-

  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti sama ada menjadi milik kita. 
Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Ya Allah Ya Tuhanku.. Diakhir perkongsian ilmu ini. Aku menadah tangan kepadaMU, sesungguhnya aku hanyalah hambaMU yang lemah. Aku mohon agar KAU ringankan bebanan di dalam benak perasaan ku ini Ya Allah. Sesungguhnya, telah banyak yang aku lalui dan telah banyak yang aku pelajari, Aku memohon satu cinta yang sejati. Cinta kepadaMU adalah cinta yang abadi dan cinta kepada ciptaanMU adalah cinta sejati. Aku mohon agar aku dipertemukan dengan seorang insan yang mampu memahami hati ini. Sesengguhnya engkau yang memberikan rasa cinta, dan dengan kalimahMU cinta itu dibaja, dan dengan panduan syariatMU cinta itu disatukan...
Aminnnn~
A L I F  B O H A R I


Step From Abnormality

^_^


1 comments:

missdora said...

yessss ! betul2.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...