Lemak babi dianggap sebagai makanan yang amat sedap untuk sesetengah kelompok manusia.
Ia amat popular di beberapa negara di Eropah seperti Belarus, Rusia atau Republik Czech.
Lebih menarik di Ukraine, sebuah muzium khas dibuka untuk memperlihatkan kelebihan dan keistimewaan lemak babi.
Lemak babi dikenali sebagai salo di Ukraine, ia adalah sebahagian daripada budaya orang Ukraine, sama seperti Coca Cola di Amerika, Ramen di Jepun dan tepung oat di England.
Muzium berkaitan salo di Ukraine terletak di Svobodi Avenue, di Lviv dan ia mempamerkan semua jenis organ dan lemak berkaitan haiwan tersebut.
Kebanyakan orang Ukraine mengagumi ukiran-ukiran terperinci yang diperbuat daripada salo seperti replika gergasi jantung manusia , arca robot berbentuk manusia yang diletakkan dalam paparan tetingkap sejuk, dan juga pelbagai masakan berasaskan salo.
Sebagai contoh, mereka menyajikan pemanis mulut ‘lazat’ yang dinamakan Marylin Monroe Lips, diperbuat dengan salo, aiskrim dan buah-buahan, yang amat popular di kalangan pelawat.
Sushi salo dan cokelat salo juga merupakan antara yang digemari di restoran Muzium Salo.
Muzium Salo juga mempamerkan lukisan bersiri yang didedikasikan kepada makanan istimewa berlemak itu, satu koleksi fesyen yang diilhamkan oleh lemak, dan menawarkan para tetamu orang kenamaan peluang untuk muka mereka diukir daripada salo.
Pengasas Muzium Salo, pereka artis Boris Berger dan pengukir tempatan Miroslav Dedishin bercadang untuk menukarkan tempat itu menjadi pusat seni serbaguna dengan pelbagai pameran, tayangan, bacaan berkaitan salo.
Sumber :-
- Agensi
A L I F B O H A R I
Step From Abnormality
^_^
0 comments:
Post a Comment