Umum mengetahui bahawa Samsung Galaxy SIII sebelum ini menjadi telefon pintar yang paling popular untuk tahun 2012. Dan yang terkini, Samsung mungkin akan mengeluarkan Samsung Galaxy S IV pula untuk para peminat telefon pintar Samsung.
Samsung Galaxy S IV dijangka akan hadir dengan Quad-Core Exynos 5440 Chipset yang sepastinya lebih pantas dan berkuasa untuk melaksanakan kerja - kerja yang berat.
Model ini juga mungkin akan datang dengan paparan 5.0 inci, 1080p AMOLED, Kamera 13 MP dan hanya setebal 9.2 mm.
Seperti yang dikatakan khabar angin, Samsung Galaxy S IV juga mungkin akan hadir dengan fungsi S Pen seperti siri Galaxy Note yang berada di pasaran. Namun, anda tidak di minta untuk percaya 100 % tentang khabar angin ini. Mari kita tunggu sehingga Samsung memperlihatkan Galaxy S IV.
A L I F F B O H A R I
Step From Abnormality
^_^
1 comments:
canggih2..
Post a Comment