Followers

Sunday, April 29, 2012

Resepi Sambal Udang Sempoi Jerr~

Assalamualaikum semua.. ^_^

Maaf sebab lama tak update blog ini. Sejak kebelakangan ni, sentiasa kekurangan masa, tambah2 nak dekat Final Exam nih... Doakan aku ye kawan-kawan. ^_^

Okay, hari ni aku nak kongsi resipi sambal udang untuk korang cuba. Asalnya resipi nih ibu aku punya. Then saja nak cuba buat sambal udang sama macam ibu, tak sangka menjadi pulak. Huhuhu... Okay, lets proceed to the recipe. :-)




Bahan - bahannya ( untuk 4 orang makan ) :-

  • 500 gm udang bersaiz sederhana.
  • 5 ulas bawang putih yg telah dikisar.
  • 1 biji bawang besar yg telah dihiris.
  • 3 sudu besar cili giling.
  • 3 cubit belacan dihancurkan.
  • 1 keping asam keping.
Cara - caranya :-

  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bawang putih yg telah siap dikisar.
  • Setelah naik bau. Masukkan semua bahan2 yang lain kecuali udang. Gaul sehingga sebati.
  • 5 minit kemudian masukkan udang dan gaul sehingga sebati.
  • Tambah sedikit air untuk dijadikan kuah.
  • Tunggu sehingga masak ( 10 - 15 minit )
  • Siap untuk dihidangkan. 

Selamat mencuba ye kawan-kawan... ^_^

A L I F F B O H A R I

Step From Abnormality

^_^

2 comments:

izzatiizzulikhwan said...

saya sudah lapo balik! >.<

follow u. hit me back :)

CikNana said...

awak ne sangat pandai memasak la..he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...