Assalamualaikum semua!!...Selamat berhujung minggu-mingguan..err..betul ke ayat aku nihh??..errr...kalau salah tolong betulkan ye..
^_^
Sebelum nih aku ada berkongsikan sedikit ilmu di dalam entry ...::Cerita Pasal Janji::.. yg berkemungkinan aku menyampaikan maklumat itu dalam keadaan yg sedikit emosi tetapi masih tepat informasinya..^_^.. almaklumlah..masa tuh tengah bengang dengan orang yg mungkir janji dengan aku..sekarang dah okay dah..(^_^)...
Kali nih aku nak berkongsi pula bagaimana "Janji" mampu membantu kita dalam membina diri...memang ada banyak lagi perkara yg boleh membantu kita membina diri..tapi aku tetap jugak nak ambil skop "Janji" nih untuk menerangkan hujah-hujah aku..^_^
Firman Allah S.W.T
Sumber : Google Image
Kali nih aku nak berkongsi pula bagaimana "Janji" mampu membantu kita dalam membina diri...memang ada banyak lagi perkara yg boleh membantu kita membina diri..tapi aku tetap jugak nak ambil skop "Janji" nih untuk menerangkan hujah-hujah aku..^_^
Firman Allah S.W.T
"Dan penuhilah janji sesungguhnya janji itu akan ditanya. Seseorang yang mungkir janji yang dibuat sama ada dengan sengaja atau tidak, amat tidak menyenangkan dan mengecewakan harapan orang yang dijanjikan. Perbuatan memungkiri Janji tergolong dalam golongan orang yang munafik"
Jelaskan apa yg yg disampaikan melalui Firman Allah nih...aku bukan nak cerita pasal hukum janji..tapi nak cerita bagaimana "Janji" ni dapat membina diri...^_^..Bukan kem motivasi je tau boleh membantu kita membina diri, tapi "Janji" pun mampu membantu kita membina diri dan kepercayaan orang lain terhadap kita..^_^. Aku senaraikan beberapa contoh bagaimana janji ni boleh membina kita :-
- Jika perjanjian anda melibatkan MASA, sila pelajari menepati masa supaya tidak mengecewakan perasaan pihak lagi satu. Ini akan membantu orang lain mempercayai anda
- Jika perjanjian anda melibatkan HATI, sila belajar untuk memahami dan menghormati hati orang lain agar tiada pihak yg akan kecewa. Ini akan membantu anda membina keyakinan diri anda dan orang lain juga akan yakin kepada anda
- Jika perjanjian anda melibatkan MASA HADAPAN(perkahwinan), sila sediakan diri dengan secukupnya untuk menghadapi masa hadapan. Apabila anda mempersiapkan diri anda, anda akan melalui satu fasa mempelajari banyak perkara yg belum anda pelajari, ini sekaligus akan membantu anda membina diri dan keyakinan diri yg tinggi.
- Jika perjanjian itu melibatkan KEPENTINGAN masing2, sila berlaku adil dalam menunaikannya. Ini boleh membantu anda di masa hadapan, akan mengajar anda bagaimana untuk berlaku adil kepada anak2.
- Jika perjanjian itu melibatkan KASIH SAYANG dalam perhubungan, tunaikanlah dengan penuh kasih sayang agar perhubungan anda atau rumah tangga yg anda bina akan berkekalan. InsyaAllah.
Kalau nak dihujahkan lagi tentang "Janji" nihh banyak lagi sebenarnya..cukuplah sekadar 5 ini yg aku kongsikan. Segalanya bergantung kepada pemahaman anda. InsyaAllah..^_^
p/s : Segala yang berlaku di dalam kehidupan kita ada kaitannya dengan setiap peristiwa2 yang berlaku itu.
A L I F F B O H A R I
Step From Abnormality
^_^
1 comments:
mmgg... klo mungkir janji ciri munafik.. :)
jemput sinngah blog.. aku follow sini..
Post a Comment