Followers

Saturday, March 31, 2012

Bayi mati tersedak susu ibu.. ( Harus baca )

Assalamualaikum..



Hari ini, kita dengar lagi berita yang menyedihkan iaitu tentang kes bayi mati tersedak susu ibu. Kejadian ini berlaku di Alor Gajah, Melaka di mana sepasang suami isteri yang baru menimang cahaya mata pada 27 Februari kehilangan anak tunggal mereka yang baru berumur sebulan lebih.

Ibu mangsa, Nuradilah Mohd. Nor, 20 tahun hanya sedar bayinya, Siti Zulaikha Abdullah tidak bergerak ketika bangun pada pukul 6 pagi. Sebelum itu, ibu mangsa telah menyusukan bayinya pada pukul 3 pagi dan bayinya tidur diantara dia dan suaminya, Norman Bahran, 25 tahun.

Kes - kes seperti ini mungkin jarang berlaku, tetapi sekali dah berlaku akan membuat kita berfikir sejenak. Ada pihak yang cakap ibu bapa bayi nih cuai dan ada juga yang bersimpati. Masyarakat sendiri boleh fikir apa sebenarnya yang berlaku. Tak kiralah apa pun pandangan masyarakat, tapi perkara ini adalah ketentuan Allah. Semoga roh adik Siti Zulaikha Abdullah ditempatkan di syurga Allah S.W.T . Insya Allah..


p/s : kenapa bayi tu berbinkan Abdullah? kenapa bukan Norman Bahran? musykil sekejap... Wallahualam~

1 comments:

Anonymous said...

Irrespective what end of the spectrum of techno music,
whether you love it or hate it, chances are you don't know a thing about its history and even less about what has made it one of the most popular forms of electronic music today. Actually, the ad featured U2's Original of the Species from the
Vertigo: Live From Chicago DVD. There were rumors flying that the duo would be on the line
up for the Coachella Festival, but fans were disappointed to learn
their name was not on the list.

My page - daft punk random access memories free download

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...